Woo.. Dah lama tak menulis kat sini.. Bukannye takde idea nak tulis.. Tapi most of the times, malas nak bukak bolg ni dan tulis..huhu. Tapi memandangkan dah lama tak tulis dan sebelum blog ni berhabuk gile, so skang ni aku nak cerita something..
Semester ni aku ada amik satu subject yang nama dia 'Automotive Styling Methodologies'. Lecturer yang ajar plak tak lain tak bukan, Director of AEIC, Dr. Waleed Fekry Faris. Sebenarnya aku tak nak amik subject ni.. Sebab aku tak faham sangat bila Dr Waleed ajar.. Tapi aku dah takde pilihan. Nak amik 'Quality Control' tak dapat, section full. Subject elective lain plak clash dengan subject lain.. Aduh. Last² aku tukar section kelas 'Decision Science' semata-mata nak amik subject ni yang aku tak willing nak amik.. Kelas DS yang baru plak pukul 5-6.30 petang, bersama lecturer 'favourite'.. Hehe. Sedih tak? Aku redha je la.. InsyaAllah, I'll do just fine.
Basically, subject ni kitaorang akan belajar macam mana nak design exterior and interior sesebuah kereta. Banyak aspek yang kitaorang perlu pertimbangkan.. Kelas untuk subject ni merangkumi lab session dan lecture. Dr. Waleed akan ajar kitaorang bahagian teori di dalam kelas, dan demonstrator 'kesayangan' akan tolong kitaorang dalam lab.
Untuk yang lab tu, kitaorang dibahagikan kepada beberapa kumpulan. The funny thing is, sebelum demonstrator tu bahagikan kitaorang kepada group² kecil, dia suruh kitaorang lukis lines & curves. Based on that lines and curves, dia decide la sape dok satu group dengan sape.. Haha. Aku ade tanye dia ape yang dia dapat tengok dari lines & curves yang kitaorang lukis, dia jawab dia dapat tahu sape yang ada bakat melukis dan sape yang tak.. Jadi, kesimpulannya dia mix & match kan la kitaorang semua.
Okay, sekarang ni kerja kitaorang untuk lab ialah melukis sebuah kereta dengan design yang diinspirasi daripada binatang.. Memang malas gile nak lukis.. Bukannye senang nak dapat idea nak lukis.. Aku bukannye tak minat seni² ni, tapi aku susah nak dapat idea.. Kalau nak duduk dan fikir cari idea memang confirm² takkan dapat satu pun.. Most of the times, idea akan datang sendiri, pada masa² yang tak disangka..
Setakat ni, aku dah decide kereta aku inspired by binatang ape.. Thanks to Wan for the suggestion =) Really² appreciate it. Dalam banyak² cadangan yang Alya & Wan bagi, aku pilih ikan jerung a.k.a. shark.. Aku dah siapkan sketch aku. Tak cantik pun.. Tapi OK la as a start.. Aku akan improve skit sketch kereta aku..
So yeah, lepas kitaorang siapkan sketch, kitaorang akan proceed dengan membuat model kereta using clay.. Oye! I like =) Macam best je main² dengan clay.. Buat model kereta ni project kitaorang untuk subject ni.. Subject ni takde final exam. So, hopefully project kitaorang sempat siap.. InsyaAllah.
Saturday, 25 July 2009
Sunday, 19 July 2009
.: New Semester :.
Hye.. Dah lama blog ni takde entry.. Kerja masa praktikal penat sangat kot sampai takde masa nak bukak blog.. Hehe.
Anyways, semester 1 sesi 2009/2010 dah seminggu start.. Rasa sedikit 'awkward' semester ni.. Tak tahu nape.. Mungkin dah lama tinggal UIA. Nak start belajar balik macam pelik jer.. Dan mungkin sebab kena pindah blok dan tak sebilik dengan kawan kot.. Huhu. Miss you Alya :(
Pape pun.. Kepada kawan² yang sama² berjuang sem ni, selamat menjalankan tanggungjawab kalian sebagai pelajar.. Dan semoga kejayaan milik kita semua.. All the best! Chaiyok! Ganbatte! Jangan malas² tau =P
Subscribe to:
Posts (Atom)
