Berakhirnya hari ini, maka berakhirlah Pilihan Raya Kampus (PRK) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Seawal minggu lepas lagi, calon-calon SRC sudah sibuk berkempen. Diedarkan segala macam pamplet dan 'handbill', serta sedikit ole-ole untuk para pelajar yakni para pengundi. Di atas pamplet dan 'handbill' tersebut, tertulis manifesto masing-masing. Kreatif-kreatif belaka calon-calon kita. Berlambak-lambak pamplet mereka di atas meja aku sekarang ini..pamplet dari KOE, AIKOL, KENMS, KAED, dan IRKHS. Tidak mengapa, akan ku buang sebentar lagi. Boleh dikatakan aku dapat pamplet dari semua kulliyyah. Mana tak nya, setiap kali aku melalui kulliyyah-kulliyyah tersebut, pasti ada tangan yang akan menghulur pamplet yang memujuk untuk menyokong calon mereka. Pada pandangan aku, kempen pada tahun ini kurang hangat. Tidak seperti tahun-tahun lepas. Tapi yang penting, tiada sebarang perselisihan berlaku. Kampus kita masih lagi tenang.
Bercerita pasal kempen PRK ini, teringat pula peristiwa lucu semasa aku dan kakak sedang menunggu makanan kami siap di cafe KAED. Pada masa aku dan kakak berada di cafe tersebut, sekumpulan pelajar KAED datang berkempen. Mereka mengagih-agihkan pamplet dan limau mandarin. Apabila sampai di meja kami, seorang pelajar lelaki telah meletakkan sebiji limau dia atas meja kami. Kemudian, dia bertanya kepada aku, "Sis student KAED kan?" Aku pun menidakkan..macam mana aku nak mengaku sedangkan aku pelajar KOE. Jadi, 'brother' tersebut dengan spontan mengambil kembali limau mandarin yang telah diletakkan atas meja kami tadi sambil meminta maaf. Mereka pun berlalu. Aku dan kakakku ketawa terbahak-bahak. Menyesal pula aku tak mengaku aku ni budak KAED. Kalau tak, dah dapat limau sebiji. Tak buruk siku ke mereka kerana mengambil kembali limau tersebut? Apa salahnya kalau mereka bagi je limau tu? Tak mengapalah. Bukan rezekiku. Hmm....

No comments:
Post a Comment