Wednesday, 8 April 2009

.: Reminiscense Part 1 :.

Teringat masa mula2 masuk sekolah rendah.. Aku masuk darjah Satu Merah (1M) kat Sekolah Kebangsaan Paya Bemban. Guru kelas aku Puan Normah.. I was excited on the first day of school. Iyelah.. Pakai baju sekolah baru, kasut baru.. Tambah2 plak tak pernah pergi sekolah sebab aku tak masuk tadika. Terus masuk sekolah darjah satu.. Jadi excited lebih sket la kot.. Dalam kelas aku dok setentang dengan Zamzali a.k.a mamat.. Kawan2 aku yang lain yang aku ingat dalam kelas tu ialah Adiella, Suffian, anak Cikgu Normah (lupe la nama dia ape), dan ade twins dalam kelas aku.. Si kakak kurus dan adiknya chubby.. Comel je diorg. Nama diorg pun aku lupe jugak. Huhu. Hari pertama bersekolah, Cikgu Normah dah ajar macam2.. Aku tak ingat semua.. Yang aku ingat part belajar nama tumbuhan.. Aku dengan tanpa segan silu banyak menjampuk cikgu mengajar.. Semangat gile.. Hehe. Setiap kali cikgu tanye soklan, aku yang jawab.. Cikgu tunjuk gambar pokok bunga kertas, dan tanya pokok tu nama ape, aku laju je jawab :P haha. Cikgu pesan jgn main2 dengan pokok bunga kertas nanti tangan luka. Pastu cikgu tanya nape tangan akan luka, aku jugak yang jawab "sebab pokok tu ade duri, cikgu". Dapat la pujian dari cikgu. HAHA. Orang lain senyap je. Mesti diorg rasa aku pelik kan..? Huhu. Mana tak nye aku bleh jawab bab2 tumbuhan ni. Kat umah aku berlambak pokok. Selalu tengok abah tanam pokok. Balik dari sekolah hari tu terus cerita kat abah ummi.. Tersengih mereka. Aku ingat lagi.. Next week nye, aku dilantik jadik ketua darjah oleh Cikgu Normah.. Haha. Dan yang paling tak leh blah, Cikgu tak lantik penolong ketua darjah pun.. LoL. Berkaliber gila la aku time tu.. HAHA. Kelas lain smer ade penolong. Hehe. Aku balik bagitau Ummi Abah aku jadik ketua, mereka senyum dengan bangga.. Aku suke.. =D Masa darjah satu sangat best.. Aku suke time pendidikan jasmani. Dapat main macam2 dan dapat tukar baju.. Hehe. Masa belajar english pun aku suke.. Tapi lupe plak sape yang ajar english.. Huhu. Teacher Koh ke ek? Eh. Bukan².. Teacher tu melayu, kurus² dan sangat tinggi.. Waktu rehat plak, makan dgn kawan².. Bukan dengan Kak Yong macam yang aku tulis sebelum ni, sebab Kak Yong sesi petang.. Kitaorang makan nasi lemak + bihun goreng atau keropok lekor.. Mmm.. Sedapnye.. Harga nasi lemak masa tu RM0.30 je.. Imagine sekarang harga nasi lemak dah lebih RM1.. Kadang² masa rehat dok main kat padang.. Hehe. Masa terluang kat sekolah aku abiskan dengan bermain atau borak2 dengan kawan2. Masa hari sukan, kami satu kelas masuk umah Hang Tuah (Merah). Di kala itu la aku mula meminati kaler merah :P Hehe. Masa hari sukan, kitaorg main sukaneka. Skipping.. Dapat second place sebab ade kawan aku stuck.. Sayang.. Kalau tak dapat hadiah lagi besar. Hehe. Tapi takpe, yang penting Hang Tuah juara keseluruhan.. Seronok sangat sebab menang :P Oh, aku juga selalu dapat no.1 dalam kelas. Hehe. Tapi yang sedihnye, masa ujian akhir tahun, aku dikalahkan oleh pasangan kembar. Aku dapat no.3. Huhu. Memori semasa darjah satu masih melekat dalam ingatan.. Banyak belajar dari cikgu dan kawan2.. Terima kasih semua.. Maafkan salah dan silap jika ada yang disakiti. Aku sedar kadang2 lupa diri disebabkan kuasa yang diberikan..

No comments:

Post a Comment

Daisypath Anniversary tickers