Penampilan yang elok tidak melambangkan perangai yang elok.. Pakai songkok, pakai kopiah, tapi bila jumpa perempuan yang berkenan di hati, minyak pengasih jugak digunakan untuk menambat hati si dia.. Aku tak sangka betul. Dengan gaya selamba dan bersahaja orang itu bergaul dengan aku, rupa-rupanya ada agenda lain yang diaturkan. Senyap-senyap minyak pengasih dioleskan ke selipar, meja dan juga kereta.. Orangnye 'berlagak' warak. Setiap kali solat zuhur dan asar di tempat kerja, dialah imam. Bila bercakap, lemah lembut je.. Tapi tak sangka.. Hanya Tuhan sahaja yang tahu keadaan hatinya..
Jikalau hendak menyunting pun, cakap la terus terang.. Tak 'gentleman' la macam ni.. Hakikatnya, dia sudah mempunyai isteri yang sama umur dengan aku dan seorang anak.. Hai.. Kerja sebagai 'General Worker' pun ada hati nak kahwin dua ke? Mampu ke nak tanggung dua-dua? Dah setahun lebih, baru aku tahu apa yang dia dah buat kat aku. Nasib baik la minyak pengasih tu tak berkesan sangat kat aku.. Kalau tak...aku jadi bini nombor dua la jawabnya.. Mungkin minyak tu tak berkesan sebab masa tu hati aku sedang berbunga-bunga untuk teman baru yang lain??

No comments:
Post a Comment