Goodbye UIA.. Selamat tinggal Kulliyyah of Engineering.. Selamat tinggal Mahallah Hafsa.. Selamat tinggal semua.. Jumpa lagi selepas 3 bulan.. Inilah ayat-ayat yang akan ku ucap esok.. Semoga kepulangan ku kali ini akan memberi semangat baru untuk aku terus belajar di semester yang mendatang.. Ma'at taufiq wannajah.. InsyaAllah..
Friday, 17 April 2009
Thursday, 16 April 2009
.: Reminiscense Part 2 :.
Pada awal tahun 1994, masuk la aku ke darjah dua. Semua member² kat 1M dulu masuk kelas yang sama, 2 Merah.. Kali ini kelas aku sesi petang. Tahun ni jugak ada kawan² yang tukar sekolah dan ada kawan² baru yang masuk SKPB. Pasangan kembar pindah ke sekolah lain. Kawan² yang baru masuk yang aku ingat ialah Muslihah dan Sharmizi. Guru kelas 2M pada masa tu ialah Cikgu Zainab. Cikgu Zainab jugak merangkap cikgu bahasa melayu kami. Nama cikgu² matapelajaran lain semua aku lupa. In fact, aku langsung lupa sape yang ajar matematik.. Huhu.
Guess what? Kali ni pun aku dilantik jadi ketua darjah.. Haha. Tapi nasib baik kali ni ada penolong.. Cikgu pilih Sharmizi jadi penolong. Sharmizi baru je tukar ke SKPB, then terus dapat jadi penolong.. Hebat².. Haha. Mungkin sebab dia budak laki paling tinggi dalam kelas kot.. :P hehe. Jangan marah ek Miji..? Walaupun kami ni ketua dan penolong ketua darjah, kami selalu bergaduh. HAHA. Aku fikir Miji sangat nakal masa tu.. And since he was my assistant, he should behave more. Bukannye dia jadi ketua wat bising dalam kelas n etc.. Hehe. By the way, sape² yang bising dalam kelas masa cikgu takde akan dirotan oleh aku.. LOL. Aku memang la sangat gile kuasa time tu. Malu kat kawan² bila ingat balik.. Huhu.
Dulu, aku selalu ikut Adiella dan Muslihah balik rumah diaorang.. Saje jalan². Masa ni la aku belajar tentang shortcuts yang ade kat Berek 12 tu. Rumah Muslihah kat sebelah sekolah je.. Tapi rumah Adiella jauh sikit.. Kadang² aku teman kawan² balik bila diaorang tertinggal barang² kat rumah. Dan sama la jugak kesnye dengan aku, diorang juga akan teman aku balik. Masa darjah 2, kelas Fardhu Ain kami dibuat pada hari Jumaat dan Sabtu.. Kelas Fardhu Ain sangat best.. Kami selalu main getah masa waktu rehat kelas Fardhu Ain. Sangat ganas lompat² :P Lawan budak² laki selalunya.. Hehe. Best betul..
Aku suke kelas english..lagi.. Hehe. Kelas english memang favourite aku masa sekolah rendah.. Tak leh nak watpe la =) Kitaorang ada buku satu spelling. Dalam buku tu kami tampal gambar² yang teacher bagi, pastu kami kena tulis apa yang ada dalam gambar tu 3x. Every once in a while teacher akan soh kami hafal spelling untuk segala mende yang ada dalam buku spelling kami tu.. Bila tiba masa, teacher akan suruh semua student bangun, dan dia akan soal. Aku selalunya yang paling laju angkat tangan untuk eja dan yang paling cepat dapat duduk.. HEHE. Berlagak kan? Aku seronok. Sebab tu aku suka belajar english.. Aku juga suka kelas pendidikan seni. Selalu dapat A bila melukis, mewarna atau bila buat karya seni ni.. Berlagak lagi.. Hehe. Tapi kan..Cikgu lukisan kami sangat pandai melukis tapi dia sangat garang. The scariest. Huhu. Semua budak takut kat cikgu tu.. Termasuk la aku..
Kelas pendidikan seni seminggu sekali je rasanya. Cikgu kami tu akan pesan awal² lagi kat kami untuk bawak barang² untuk kelas lukisan seterusnya. Contohnya, kalau minggu depan dia nak guna manila kad ke, pensel warna ke, krayon ke, kertas minyak ke, dia akan pesan kat semua soh bawak.. Sape² yang tak bawak atau lupe nak bawak cikgu akan denda. Kena denda macam² plak tu.. Tarik sideburn, tarik telinga, cubit perut, rotan, duduk mencangkung for the whole class, jalan itik, n etc. Scary right? Cikgu tu dah biasa kalau ada budak nangis kena denda. Kesian bila tengok kawan² kena denda.. Sebab tu kami selalu saling ingat-mengingati. Kadang² share manila kad, atau mana² barang yang ade lebih dengan kawan² yang lupe.
Despite semua ni, aku suka kelas lukisan. Lukisan dan hasil² seni aku juga selalu dipuji cikgu.. Haha. Cikgu garang puji aku.. You should imagine how happy I was =D Ada lukisan buah tembikai aku dipamerkan dalam bilik guru bersama lukisan budak² kelas lain yang dapat A. Lukisan² yang dipamerkan ialah hasil dari budak² daripada semua darjah. Hebat jugak la aku melukis masa tu.. Berkat tunjuk ajar cikgu garang kami tu. Macam² dia ajar kami lukis. Tajuk lukisan kami pun macam².. Cikgu suka student dia lukis pakai krayon, jadi aku pun suka pakai krayon.. Memang lagi senang melukis daripada pensel warna. Dan lagi cantik. Daripada cikgu jugak aku belajar menggabung warna dan teknik² lain.. By the way, cikgu suka tolong aku dengan lukisan aku, pastu dia jadikan contoh untuk satu kelas.. Hehe.
Since aku suka mewarna dan melukis ni, aku selalu masuk peraduan mewarna dan melukis yang sekolah anjurkan. Selalu menang top 3 dan dapat hadiah.. Entah mana dah pegi hadiah² tu. Dulu aku simpan, tapi bila dok pindah² rumah, satu persatu hilang.. Sayangnya.. Competitor aku yang paling rapat ialah Mursyidah dan Abrari dari 2H, serta Nurhidayah dari 2B. Pernah sekali kami wakil sekolah masuk pertandingan mewarna peringkat negeri. Kami dapat sagu hati je.. Huhu. Tapi takpe.. Pengalaman tu penting.. The experiences that make who I am right now. Masa sekolah rendah dulu, aku pantang nampak lukisan yang tak dikaler.. Mesti gatal tangan nak kalerkan.. Minat la katakan.. Kalau pergi supermarket dengan family, mesti mintak nak pensel warna dan krayon. Selalunya akan end up dengan rasa sedih bila permintaan diendahkan.. Huhu. Sampai besar aku suka kaler² ni.. Nanti aku nak ajar anak² aku mewarna dengan cantik. Aku akan belikan the best crayons, paints and colouring pencils.. Beruntung la mereka ada mak macam aku ni.. :P
Aku bersyukur kerana aku dapat mengibas sayap semahu ku semasa membesar.. Aku juga bersyukur dengan pengalaman² yang aku dapat sepanjang aku berada dalam darjah 2. Maaf sekali lagi kawan² jika ada terkasar bahasa dan perlakuan sepanjang perkenalan.
.: End of Semester II 2008/2009 :.
14 April 2009, tarikh exam last aku untuk sem ni.. Alhamdulillah semua dah lepas.. Result exam kita tengok la nanti.. Huhu. Banyak yang tak yakin.. :( Tapi sekarang ni.. Sape yang nak tolong aku kemas bilik??? Malas betul kalau bab² kemas-mengemas ni.. Kena pindah bilik nanti. So, barang² kena simpan dalam stor. Cerewet betul. Aku benci mende² cerewet. Huhu. Kali ni banyak baju yang akan di bawa balik.. Maklumlah wat praktikal kat tanah tumpah darah.. Hehe. Tak tahu la cane situasi kerja nanti.. Dalam ramai² budak² UIA yang wat praktikal kat situ, aku sorang je perempuan.. Harap² takde diskriminasi jantina nanti :P hehe. Anyway, I can't wait to get to know Ir. Izani.. Hopefully, everything will be okay.. InsyaALLAH.
Wednesday, 8 April 2009
.: Reminiscense Part 1 :.
Teringat masa mula2 masuk sekolah rendah.. Aku masuk darjah Satu Merah (1M) kat Sekolah Kebangsaan Paya Bemban. Guru kelas aku Puan Normah.. I was excited on the first day of school. Iyelah.. Pakai baju sekolah baru, kasut baru.. Tambah2 plak tak pernah pergi sekolah sebab aku tak masuk tadika. Terus masuk sekolah darjah satu.. Jadi excited lebih sket la kot.. Dalam kelas aku dok setentang dengan Zamzali a.k.a mamat.. Kawan2 aku yang lain yang aku ingat dalam kelas tu ialah Adiella, Suffian, anak Cikgu Normah (lupe la nama dia ape), dan ade twins dalam kelas aku.. Si kakak kurus dan adiknya chubby.. Comel je diorg. Nama diorg pun aku lupe jugak. Huhu.
Hari pertama bersekolah, Cikgu Normah dah ajar macam2.. Aku tak ingat semua.. Yang aku ingat part belajar nama tumbuhan.. Aku dengan tanpa segan silu banyak menjampuk cikgu mengajar.. Semangat gile.. Hehe. Setiap kali cikgu tanye soklan, aku yang jawab.. Cikgu tunjuk gambar pokok bunga kertas, dan tanya pokok tu nama ape, aku laju je jawab :P haha. Cikgu pesan jgn main2 dengan pokok bunga kertas nanti tangan luka. Pastu cikgu tanya nape tangan akan luka, aku jugak yang jawab "sebab pokok tu ade duri, cikgu". Dapat la pujian dari cikgu. HAHA. Orang lain senyap je. Mesti diorg rasa aku pelik kan..? Huhu. Mana tak nye aku bleh jawab bab2 tumbuhan ni. Kat umah aku berlambak pokok. Selalu tengok abah tanam pokok. Balik dari sekolah hari tu terus cerita kat abah ummi.. Tersengih mereka. Aku ingat lagi.. Next week nye, aku dilantik jadik ketua darjah oleh Cikgu Normah.. Haha. Dan yang paling tak leh blah, Cikgu tak lantik penolong ketua darjah pun.. LoL. Berkaliber gila la aku time tu.. HAHA. Kelas lain smer ade penolong. Hehe. Aku balik bagitau Ummi Abah aku jadik ketua, mereka senyum dengan bangga.. Aku suke.. =D
Masa darjah satu sangat best.. Aku suke time pendidikan jasmani. Dapat main macam2 dan dapat tukar baju.. Hehe. Masa belajar english pun aku suke.. Tapi lupe plak sape yang ajar english.. Huhu. Teacher Koh ke ek? Eh. Bukan².. Teacher tu melayu, kurus² dan sangat tinggi.. Waktu rehat plak, makan dgn kawan².. Bukan dengan Kak Yong macam yang aku tulis sebelum ni, sebab Kak Yong sesi petang.. Kitaorang makan nasi lemak + bihun goreng atau keropok lekor.. Mmm.. Sedapnye.. Harga nasi lemak masa tu RM0.30 je.. Imagine sekarang harga nasi lemak dah lebih RM1.. Kadang² masa rehat dok main kat padang.. Hehe. Masa terluang kat sekolah aku abiskan dengan bermain atau borak2 dengan kawan2. Masa hari sukan, kami satu kelas masuk umah Hang Tuah (Merah). Di kala itu la aku mula meminati kaler merah :P Hehe. Masa hari sukan, kitaorg main sukaneka. Skipping.. Dapat second place sebab ade kawan aku stuck.. Sayang.. Kalau tak dapat hadiah lagi besar. Hehe. Tapi takpe, yang penting Hang Tuah juara keseluruhan.. Seronok sangat sebab menang :P Oh, aku juga selalu dapat no.1 dalam kelas. Hehe. Tapi yang sedihnye, masa ujian akhir tahun, aku dikalahkan oleh pasangan kembar. Aku dapat no.3. Huhu.
Memori semasa darjah satu masih melekat dalam ingatan.. Banyak belajar dari cikgu dan kawan2.. Terima kasih semua.. Maafkan salah dan silap jika ada yang disakiti. Aku sedar kadang2 lupa diri disebabkan kuasa yang diberikan..
Tuesday, 7 April 2009
.: Jika Hati Awak Milik Saya, Datanglah :.
Jika hati awak milik saya..
Katakan lah.. Ucaplah.. Sebutlah..
Jangan pendam..
Jika hati awak milik saya..
Biar seluruh alam tahu..
Jangan rahsiakan..
Jika hati awak milik saya..
Datanglah..
Jangan tunggu..
Friday, 27 March 2009
.: This Part of the Semester :.
This part of the semester..
is when almost everybody is busy with projects and final assignments..
This part of the semester..
is when other people start to do revision..
This part of the semester..
is when I will usually become very lazy..
This part of the semester..
is when I want to sleep the most..
This part of the semester..
is when I want to play and have fun..
This part of the semester..
is what i want to avoid..
I do not like..
This part of the semester..
Wednesday, 25 March 2009
.: Nasihat Berguna :.
Pak cik driver teksi itu telah memberikan satu nasihat kepadaku. Nasihat yang berguna.. Dia memberitahu ku tiga perkara utama yang perlu dijaga bila berkawan dgn lelaki.. Jangan terlalu rapat, jangan mudah percaya, dan jangan tunjuk sayang.. Nasihatnya membuat aku termenung jauh.. Betul juga kata-katanya. Membuatkan aku terfikir yang aku pernah kecewa kerana aku terlalu sayangkan dia. Nasihat daripada pak cik yang hanya belajar sampai darjah 3 tersebut terlalu mendalam sehinggakan dapat mengubah persepsi aku. Terima kasih pak cik..
Sunday, 22 March 2009
.:: Akad Nikah::.
Subscribe to:
Posts (Atom)

